In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

About Me

My photo
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Hamba Allah yang mengharapkan redha Allah dalam mendidik anak bangsa. InshaAllah.
Powered by Blogger.

Labels

Islamic Calendar

MY COLLECTION

Islamic Widget

Islamic Clock

Saturday, 9 April 2011

Kisah Air Kencing Anjing Hitam

Salam. Pada post saya kali ini, saya ingin menceritakan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Nabi AllahMusa. Cerita ini sangat menarik hati saya dan sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini.

Pada zaman itu, ada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga tetapi Allah  tidak mengurniakan zuriat kepada mereka. Sang suami berasa sangat susah hati lalu dia pun bernazar dalam hati, jika Allah mengurniakan aku zuriat, aku sanggup minum air kencing anjing hitam! Mungkin pada hematnya dia tidak mungkin mendapat zuriat. Tetapi dengan izin Allah, tidak lama kemudian Sang isteri pun hamil dan lahirlag zuriatnya ke dunia. Sang suami tiba-tiba teringat akan nazarnya dan dia berasa runsing yang amat sangat. Menyesal pun ada. Mampukah dia menunaikan nazarnya itu? Pada zaman itu pula, syariat nya amat berbeza dengan syariat yang dibawakan oleh Rasulullah. Mengikut syariat Nabi Muhammad SAW, sekiranya kita bernazar benda yang haram atau kurang elok, kita tak perlu menunaikan nazar tersebut, memadailah dengan membayar denda atau bersedekah. Tetapi berbeza dengan zaman Nabi Allah Musa, nazar tetap nazar. Harus ditunaikan. 
Lelaki tadi pun berjumpalah dengan Nabi Allah Musa untuk mendapatkan pandangan baginda. Lalu Nabi Allah Musa pun tersenyum dan mengajak beliau berjalan bersamanya. Lalu lelaki tadi pun ikutlah baginda berjalan sampai di sebuah rumah, Nabi Musa mengarahkan lelaki tadi minum air yang sedang jatuh dari bumbung rumah tersebut. Walaupun lelaki itu merasa pelik, dia tetap melaksanakan apa yang diarahkan oleh baginda. Setelah selesai, lelaki tadi pun bertanya kepada Nabi Allah Musa, bagaimana dengan nazar saya ya Nabi Allah Musa? Lalu baginda pun tersenyum seraya berkata, kamu telah melaksanakan nazar kamu. Lelaki tersebut terpinga-pinga. Baginda berkata, air yang kamu minum tadi adalah lebih hina dari air kencing anjing hitam! Bagaimanakah itu ya Musa? tanya lelaki tersebut. Lalu baginda berkata, rumah yang kita pergi tadi ialah rumah orang yang tidak mengerjakan solat! Maka air yang jatuh dari bumbung rumahnya itu ikut hina dengan penghuninya! Masha Allah!
Lihat! Betapa hinanya kedudukan orang yang tidak solat. Air yang jatuh dari bumbung rumahnya sahaja sudah menjadi sehina itu, apatah lagi isi rumahnya, air tangannya, malah segala yang berkaitan dengannya. Astagfirullah alazimm..Patutlah amalan pertama yang akan dihisab kelak ialah solat, dan Rasulullah juga berpesan dengan kita pada saat nafasnya yang terakhir, solat..solat..solat..

Thursday, 7 April 2011

Ya Allah..

ya Allah..sesungguhnya aku tak ingin jadi manusia yang dimurkaiMU..aku takut akan nerakaMU.
Tapi sesungguhnya aku cumalah insan biasa yang sering lalai dan mudah terlupa..Bagaimana harus ku tebus dosaku ya Allah..Aku mohon padaMu ya Allah, titipkan lah peringatanMu kepadaku setiap saat aku bernafas di bumiMu ya Allah. Tariklah hatiku kepadaMu hingga saat aku datang menemuiMu..Lalaikanlah aku dengan Mu ya Allah.
Aku tahu bahawa aku adalah manusia yang sangat tandus dan kering dengan lautan ilmuMu..Terangkan hatiku ya Allah..Buangkanlah riak dan takbur dalam jiwaku saat aku berkongsi segala ilmuMu dengan teman-temanku ya Allah. sesungguhnya niatku cuma satu. Biarlah bertambah keimananku dan teman-temanku dengan mengetahui betapa hebatnya Engkau ya Allah..
Ya Rabbul Izzati, Pencipta yang maha Agung..Aku merintih saat aku menyedari segala kekhilafanku. Aku berusaha memperbaiki diriku sebaik-baiknya dengan kemampuanku. Dan sekiranya diriku masih berlumuran dosa ya Allah, janganlah Kau menjemputku kecuali Engkau telah ampunkan segala dosaku, suamiku, ibubapaku dan keluargaku..Redhakanlah aku ya Allah..Tiuplah semangat jihad dalam rohku agar aku tidak menoleh lagi ke arah kemungkaran dunia yang asyik.Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, hambaMu yang tidak sedetik pun hatinya lalai dari mengingatMu..Tapi malangnya aku tak sehebatnya.
Ya Allah..Engkaulah yang maha mengetahui hatiku..Aku ingin berkumpul diakhirat kelak bersama-sama manusia yang aku cintai..Muhammad ya Rasullullah, suamiku, keluargaku dan sahabat-sahabatku dalam keredhaanMu..Kabulkanlah ya Allah..kabulkanlah..
Sesungguhnya Engkaulah tempat aku meminta tiada selainnya dan ENgkau jualah yang Maha mengasihi hambaMu yang hina ini.

Insan Berkelana yang Hina.
11.13pm

Monday, 4 April 2011

Ya Allah bantulah aku...

salam..hari ni aku masuk mengajar kelas 2 Dakota. kelas yang sering mencabar keimanan aku. rasanya kesabaran aku diperkotak katik di dalam kelas ini. huh.Allah je yang tau perasaan aku. aku nakkkkk sgt mengajar dorang dengan baik sambil bergurau senda seperti aku mengajar kelas lain.bahagia.tp hari ni, aku rasa seperti darah aku berlumbe2 naik ke atas..atas mana aku pun tak tau..haha..hari ni aku mengajar tentang tempat2 menarik yang ader teks or petikan.as usual,bebudak ni aku akan suh baca dulu, individual and class. pastu aku akan soal utk menguji sejauh mana kefahaman dorang tentang maklumat yang ade dalam teks tu. very the simple question aku rasa. Muzium Kucing terletak di Bandaraya Kuching Sarawak. this is the first line, and I ask one of my pupil, dimana letaknya muzium kuching?mudah giler soalan. dia memandang aku terkebil2 bijik mata. Mak aii..takpe lagi,aku pun bagi hint, which one the answer..dia pun jawab dengan betul.ok peh..aku pun tanya soalan yang sama, bukan soalan yang lain, soalan yang sama beb..and he couldn't answer..adoyai..tolong laaa..aku dok ulang2 question tu, kat all the pupils tp yang boleh jawab dari 20 org tu cume 2 orang jer. yang lain, muke masing2 selenge je macam tak pernah tau jawapan tu.astagfirullah..ya Allah..bayangkan dalam masa 1 jam 30 minit, aku cume nak bagi dorang paham mengenai teks tu jer..dari duduk atas kerusi aku suh sume duduk atas lantai depan aku, macam nak dengar citer fairytale nih..lagi 5 minit nak abis masa, baru la sorang2 bole jawab soalan aku..peh..tapi takde buat latihan pun ari tu..aku rs sangat tension..tahap gaban la aku rasa..aku rasa kalo budak tak boleh baca,aku tahan lagi, at least aku tau apa yang perlu aku buat..ajar sikit2 abc pastu suku kata..tp kalau kes mcm ni?its about manner! kalau la ade jual software yang membolehkan aku upgrade skit kepala otak sorang2 budak ni,aku rasa aku akan beli. aku betul2 hilang kesabaran la.suara aku jgn cakap la, memang lagi tinggi dari suare ct nurhaliza aku rasa..aiiii...ni la cubaan dan ujian aku sebagai pendidik. dan lagi 1, bebudak kelas hujung ni,kebanyakannya dari broken family. parents divorce, ayah sakit, ayah kawin lain dan mcm2 lagi la.kesian kan..tp nak buat mcm mana,aku tak boleh berlembut sangat sebab kalau tak smpai biler2 pun mcm tu ler keadaan dorang.dah la tak berapa nak pandai, malas pula....Ya Allah, berilah kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak2 bangsaku..ameeeeennn..