In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

About Me

My photo
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Hamba Allah yang mengharapkan redha Allah dalam mendidik anak bangsa. InshaAllah.
Powered by Blogger.

Labels

Islamic Calendar

MY COLLECTION

Islamic Widget

Islamic Clock

Friday, 12 August 2011

7 Golongan Yang akan Dilindungi Allah Pada Hari Pembalasan

Hari ni, bersamaan 13 Ramadhan, walaupun terasa sangat-sangat mengantuk tetapi aku gagahkan juga diri untuk pergi ke surau menghadiri solat subuh dan kuliah. Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kerana hampir-hampir aku tergoda dengan tilam dan bantal yg empuk di rumah. Niatku untuk solat subuh di rumah terbantut apabila aku terdengar lolongan anjing seiring dengan azan subuh mendayu.-dayu Terdetik di hati, dalam bulan puasa ni, mana ada syaitan yang mengganggu manusia..terus terlintas dihati bahawa apa yg dilihat anjing mungkin malaikat yg sedang menjalankn tugas Allah agar memberi rahmat pada manusia2 yg ingin menyahut seruan azan. Alangkah ruginya kalau terlepas. Tanpa berlengah2 lag,i aku terus mencapai telekung dan menuju ke surau. Kene jalan kaki sbb suami dah pergi dengan skuter. takpelah. Allahkan ada. Jadi hasil kuliah subuh inilah yang aku dapati. 7 Golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah sewaktu kita berada padang masyhar kelak.
1. Pemimpin atau pemerintah yang adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu ditempatnya yg betul.
2. Pemuda yang dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa beribadah kepada Allah.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid atau surau.
4. Dua orang sahabat yang bertemu, berkawan dan berpisah kerana Allah. Indahnya. Maksudnya, sahabat yang sering menegur dan memberitahu kesalahan kita, mengambil berat dengan kita dan apabila berpisah, berpesan ke arah kebaikan. Ada tak sahabat macam tu? InshaAllah ade.
5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang sangat cantik dan berkedudukan tetapi menolak kerana takutkan Allah. MasyaAllah.
6. Seseorang yang bersedekah tetapi menyembunyikan. Orang kata, bila bersedekah tu, kalau boleh tangan kiri pun tak tahu. niat kita bersedekah bukan sebab mengharapkan pujian, tetapi semata2 kerana mencari keredhaan Allah.
7. Golongan yang terakhir ialah orang yang matanya basah dek airmatanya kerana taubat yang bersungguh-sungguh dan takut pada Allah. bercakap pasal mata, ada satu lagi yang menarik. Allah janjikan dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Pertama seperti yang diatas, yang kedua pula ialah mata yang berjaga semata-mata untuk beribadat kepada Allah yakni membaca Al-Quran di pertiga malam. subhanallah. Mudahnya Allah nak bagi pahala. Tapi kita sahaja yang menzalimi diri sendiri.
Itulah tujuh golongan yang sangat beruntung pada hari akhirat kelak. Apakah kita termasuk dalam golongan itu? Jom. Belum terlambat selagi nyawa dikandung jasad. wallauhalam.

Monday, 6 June 2011

~PadaMu ku Bersujud~

This song is so touching my heart. It remembered me that we doesn't need anyone else in our life to entertain or ask help for but ALLAH. Allah is enough for us. He always be with us. No matter what. No matter when. Credit to writer song. and of course, praise to Allah, Who give him inspiration..Alhamdulilah..



Saturday, 4 June 2011

Cuaca Yang Panas Membahang

Sejak akhir2 ini,cuaca sangatlah panas.duduk dlm rumah terasa sangat bahangnya.tp nak buat mcm mana, takan nak duduk luar sepanjang masa.luar pun panas gak sebenarnya..adohai..apa la sebabnya cuaca terlalu panas.mungkin pembangunan?atau whatever la yang mungkin kite pon tak sangka. semenjak2 panas ni, aku selalu membayangkan aku duduk dinegara yang sejuk, australia ke, china ke, korea ke, london ke..eh london tu bukan negara ek..hehhe..takpon membayangkan diri aku berendam disungai yang sejuk atau air terjun...emmmm nyamannyaaa..paling koman pon swimming pool laa..ingat nak pegi kat rumah akak aku ade swimming pool,i mean bukan die punya la..dekat ngan umah die.tp kene pakai swimming suit plaa..leceh aa..swimming suit aku sejak zaman U lg ade kat umah kampung.tp for sure la tak muat lagik..keke..lgpon laki aku tak kasi punyer nak pakai swimming suit..menyogankan ajer..kekeke..kat mane lg nak pegi??..sepanjang hari aku mengogling dlm internet carik tempat mandi yg best2 kat sekitar sepang or nilai, tp takde..buring laaa..ingat nak ajak member lama aku pegi UiTM mandi kat kolam renang die.tp sian kat laki aku dok sorang2 kat umah nnt..takblee..takblee..panasnyerrr...
nak pasang aircon 24jam kat umah pon, kang aku  kene membayar ratus2 duit letrik..emmm membazir..pasang mlm jek..jimat! hehehe..mcm mana ek nak sejuk2 je tp jimat??heheh...:)

Friday, 6 May 2011

Iklan Temuduga

Jawatan Kosong

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:


A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah,silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat:dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya:Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan
begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"
 

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala,kanan,kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Saturday, 9 April 2011

Kisah Air Kencing Anjing Hitam

Salam. Pada post saya kali ini, saya ingin menceritakan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Nabi AllahMusa. Cerita ini sangat menarik hati saya dan sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini.

Pada zaman itu, ada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga tetapi Allah  tidak mengurniakan zuriat kepada mereka. Sang suami berasa sangat susah hati lalu dia pun bernazar dalam hati, jika Allah mengurniakan aku zuriat, aku sanggup minum air kencing anjing hitam! Mungkin pada hematnya dia tidak mungkin mendapat zuriat. Tetapi dengan izin Allah, tidak lama kemudian Sang isteri pun hamil dan lahirlag zuriatnya ke dunia. Sang suami tiba-tiba teringat akan nazarnya dan dia berasa runsing yang amat sangat. Menyesal pun ada. Mampukah dia menunaikan nazarnya itu? Pada zaman itu pula, syariat nya amat berbeza dengan syariat yang dibawakan oleh Rasulullah. Mengikut syariat Nabi Muhammad SAW, sekiranya kita bernazar benda yang haram atau kurang elok, kita tak perlu menunaikan nazar tersebut, memadailah dengan membayar denda atau bersedekah. Tetapi berbeza dengan zaman Nabi Allah Musa, nazar tetap nazar. Harus ditunaikan. 
Lelaki tadi pun berjumpalah dengan Nabi Allah Musa untuk mendapatkan pandangan baginda. Lalu Nabi Allah Musa pun tersenyum dan mengajak beliau berjalan bersamanya. Lalu lelaki tadi pun ikutlah baginda berjalan sampai di sebuah rumah, Nabi Musa mengarahkan lelaki tadi minum air yang sedang jatuh dari bumbung rumah tersebut. Walaupun lelaki itu merasa pelik, dia tetap melaksanakan apa yang diarahkan oleh baginda. Setelah selesai, lelaki tadi pun bertanya kepada Nabi Allah Musa, bagaimana dengan nazar saya ya Nabi Allah Musa? Lalu baginda pun tersenyum seraya berkata, kamu telah melaksanakan nazar kamu. Lelaki tersebut terpinga-pinga. Baginda berkata, air yang kamu minum tadi adalah lebih hina dari air kencing anjing hitam! Bagaimanakah itu ya Musa? tanya lelaki tersebut. Lalu baginda berkata, rumah yang kita pergi tadi ialah rumah orang yang tidak mengerjakan solat! Maka air yang jatuh dari bumbung rumahnya itu ikut hina dengan penghuninya! Masha Allah!
Lihat! Betapa hinanya kedudukan orang yang tidak solat. Air yang jatuh dari bumbung rumahnya sahaja sudah menjadi sehina itu, apatah lagi isi rumahnya, air tangannya, malah segala yang berkaitan dengannya. Astagfirullah alazimm..Patutlah amalan pertama yang akan dihisab kelak ialah solat, dan Rasulullah juga berpesan dengan kita pada saat nafasnya yang terakhir, solat..solat..solat..

Thursday, 7 April 2011

Ya Allah..

ya Allah..sesungguhnya aku tak ingin jadi manusia yang dimurkaiMU..aku takut akan nerakaMU.
Tapi sesungguhnya aku cumalah insan biasa yang sering lalai dan mudah terlupa..Bagaimana harus ku tebus dosaku ya Allah..Aku mohon padaMu ya Allah, titipkan lah peringatanMu kepadaku setiap saat aku bernafas di bumiMu ya Allah. Tariklah hatiku kepadaMu hingga saat aku datang menemuiMu..Lalaikanlah aku dengan Mu ya Allah.
Aku tahu bahawa aku adalah manusia yang sangat tandus dan kering dengan lautan ilmuMu..Terangkan hatiku ya Allah..Buangkanlah riak dan takbur dalam jiwaku saat aku berkongsi segala ilmuMu dengan teman-temanku ya Allah. sesungguhnya niatku cuma satu. Biarlah bertambah keimananku dan teman-temanku dengan mengetahui betapa hebatnya Engkau ya Allah..
Ya Rabbul Izzati, Pencipta yang maha Agung..Aku merintih saat aku menyedari segala kekhilafanku. Aku berusaha memperbaiki diriku sebaik-baiknya dengan kemampuanku. Dan sekiranya diriku masih berlumuran dosa ya Allah, janganlah Kau menjemputku kecuali Engkau telah ampunkan segala dosaku, suamiku, ibubapaku dan keluargaku..Redhakanlah aku ya Allah..Tiuplah semangat jihad dalam rohku agar aku tidak menoleh lagi ke arah kemungkaran dunia yang asyik.Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, hambaMu yang tidak sedetik pun hatinya lalai dari mengingatMu..Tapi malangnya aku tak sehebatnya.
Ya Allah..Engkaulah yang maha mengetahui hatiku..Aku ingin berkumpul diakhirat kelak bersama-sama manusia yang aku cintai..Muhammad ya Rasullullah, suamiku, keluargaku dan sahabat-sahabatku dalam keredhaanMu..Kabulkanlah ya Allah..kabulkanlah..
Sesungguhnya Engkaulah tempat aku meminta tiada selainnya dan ENgkau jualah yang Maha mengasihi hambaMu yang hina ini.

Insan Berkelana yang Hina.
11.13pm

Monday, 4 April 2011

Ya Allah bantulah aku...

salam..hari ni aku masuk mengajar kelas 2 Dakota. kelas yang sering mencabar keimanan aku. rasanya kesabaran aku diperkotak katik di dalam kelas ini. huh.Allah je yang tau perasaan aku. aku nakkkkk sgt mengajar dorang dengan baik sambil bergurau senda seperti aku mengajar kelas lain.bahagia.tp hari ni, aku rasa seperti darah aku berlumbe2 naik ke atas..atas mana aku pun tak tau..haha..hari ni aku mengajar tentang tempat2 menarik yang ader teks or petikan.as usual,bebudak ni aku akan suh baca dulu, individual and class. pastu aku akan soal utk menguji sejauh mana kefahaman dorang tentang maklumat yang ade dalam teks tu. very the simple question aku rasa. Muzium Kucing terletak di Bandaraya Kuching Sarawak. this is the first line, and I ask one of my pupil, dimana letaknya muzium kuching?mudah giler soalan. dia memandang aku terkebil2 bijik mata. Mak aii..takpe lagi,aku pun bagi hint, which one the answer..dia pun jawab dengan betul.ok peh..aku pun tanya soalan yang sama, bukan soalan yang lain, soalan yang sama beb..and he couldn't answer..adoyai..tolong laaa..aku dok ulang2 question tu, kat all the pupils tp yang boleh jawab dari 20 org tu cume 2 orang jer. yang lain, muke masing2 selenge je macam tak pernah tau jawapan tu.astagfirullah..ya Allah..bayangkan dalam masa 1 jam 30 minit, aku cume nak bagi dorang paham mengenai teks tu jer..dari duduk atas kerusi aku suh sume duduk atas lantai depan aku, macam nak dengar citer fairytale nih..lagi 5 minit nak abis masa, baru la sorang2 bole jawab soalan aku..peh..tapi takde buat latihan pun ari tu..aku rs sangat tension..tahap gaban la aku rasa..aku rasa kalo budak tak boleh baca,aku tahan lagi, at least aku tau apa yang perlu aku buat..ajar sikit2 abc pastu suku kata..tp kalau kes mcm ni?its about manner! kalau la ade jual software yang membolehkan aku upgrade skit kepala otak sorang2 budak ni,aku rasa aku akan beli. aku betul2 hilang kesabaran la.suara aku jgn cakap la, memang lagi tinggi dari suare ct nurhaliza aku rasa..aiiii...ni la cubaan dan ujian aku sebagai pendidik. dan lagi 1, bebudak kelas hujung ni,kebanyakannya dari broken family. parents divorce, ayah sakit, ayah kawin lain dan mcm2 lagi la.kesian kan..tp nak buat mcm mana,aku tak boleh berlembut sangat sebab kalau tak smpai biler2 pun mcm tu ler keadaan dorang.dah la tak berapa nak pandai, malas pula....Ya Allah, berilah kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak2 bangsaku..ameeeeennn..  

Thursday, 31 March 2011

Rasulullah Terkena Sihir

Semasa saya membelek majalah comel Ana Muslim, saya telah terbaca kisah ini dan saya dapati kisah ini sangat menarik. Justeru itu, saya ingin berkongsi kisah ini dan anda patut membacanya kerana ianya adalah kisah mengenai Nabi Muhammad SAW, manusia yang sangat mulia.
Ibnu Abbas dan Aisyah RA meriwayatkan bahawa ada seorang hamba yahudi yang berkhidmat untuk Rasullulah SAW.  Satu hari orang yahudi telah mempengaruh dan menipunya. Melalui tindak tanduk yang keji itu mereka berjaya mendapatkan sehelai rambut Rasulullah SAW dan juga beberapa pecahan yang terlekat pada sikat tersebut. Rambut dan sikat tersebut disihir oleh orang yahudi atas bantuan seorang munafik bernama Labid Ibnu al-A'sam. Barang yang disihir itu diletakkan di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan milik kabilah Bani Zuraiq. 
Sejak itu, Rasulullah SAW jatuh sakit selama enam bulan. Baginda berasa seakan-akan sudah bertemu kesemua isterinya padahal baginda tidak pernah bertemu dengan mereka. Baginda juga berasa berat di kepala dan sering tidak sedar. Dalam keadaan demikian datanglah dua malaikat yang duduk di kepala dan kakinya. Maka bertanya malaikat yang duduk dekat kakinya kepada malaikat yang duduk dekat kepalanya:
"Apa yang telah menimpanya?"
"Dia telah terkena sihir".
"Siapa yang menyihirnya?"
"Labid bin Al-A'sam dan orang yahudi."
"Dengan apa dia menyihirnya?"
"Dengan menggunakan rambut pada sikatnya."
"Dimana mereka meletakkannya?"
"Di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan."
Selepas itu baginda sedar dan berkata kepada Aisyah ra: "Wahai Aisyah, Allah telah memberitahuku tentang penyakitku ini." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Ali Bin Abi Thalib, Zubair bin Awam dan Ammar bin Yasir ra untuk pergi ke perigi itu. Setelah masuk ke dalam perigi, mereka menemui rambut Rasulullah SAW, pecahan sikat rambutnya dan tali-tali yang disimpulkan kepada 12 simpul. Setiap simpulan telah ditusukkan dengan sebatang jarum.

Ekoran kejadian itu, Allah SWT telah menurunkan surah an-Nas dan al-Falaq sebagai dua ayat pelindung. Maka setiap kali Rasulullah selesai membaca satu ayat, terasa ada satu simpul yang terbuka sehingga sampai ke ayat terakhir. Selepas itu, Rasulullah SAW berasa sangat lega dan ringan seolah-olah baginda baru sahaja terlepas dari ikatan belenggu.
Ketika itu datanglah malaikat Jibrail meruqyah (menjampi dengan bertawakal kepada kekuatan Allah SWT) yang mahfhumnya:
'Aku meruqyah kamu dengan Nama Allah, dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kedengkian (manusia) dan (kejahatan) mata, semoga Allah menyembuhkanmu.'

Menarikkan??..^__^ Semoga kita semua dapat manfaat dari kisah ini. InshaAllah.

Saturday, 26 March 2011

KIsah Lukman

Assalamalaikum wbt.

Ini bukan kisah tokoh2 agama atau somebody yg ade pegaruh. ini citer mengenai sorg anak murid aku yang bernama LUKMAN HAKIM. sebenarnya aku mengajar die pd tahun lepas.dan die ni agak istimewa sket shingga hari ni (aku dah tak ngaja die dah) aku masih sering tergelak biler teringat kat die. citer ni bermule pd satu hari sedang aku syok menanda buku (syok sgt laa..hehe) tetibe dtg ketua kelas 2 eagle.aku ni guru kelas. die dgn kalut bgtau aku,cikgu, lukman mengamuk! hah?? asal lak? dialog aku ler.tak tau la cikgu.die bergadoh ngan syamil td.oleh kerana jap lg aku pon nak masuk kelas,aku pon suh la c aiman ni balik kelas.bg aku,budak gaduh,ngamuk tu biase.as a teacher, aku dah lali da.so as usual,aku buat dekkkk je smbil menyambung kije2 aku.

loceng bunyi.aku pon masuk klas mcm biase.aku masuk jee..aku tus tgk kat lukman yg sedang berjurai2 airmatanya..masi menangis budak ni rupenyer.aku pun pujuk die.aku kasi dialog spaya best sket nak baca.
Aku: dah la Lukman. tak moh nangis dah. sambil aku menjeling tajam kat syamil.Syamil minta maaf kat   Lukman sekrg, arah aku smbil mengenyit mata kat syamil. bukan ape, kang aku marah kat syamil, die pla melalak, letih aku melayan bebudak ni menangis. kang tak ngaja pla aku. konon2 diplomasi la.
Lukman: cikgu..tak payah nak suh die minta maaf. orang malaysia memang jahat. orang jepun pun jahat. syamil tu, (smbil tunjuk jarinya kat syamil) sejak bayi lagi memang jahat.sy dah tau dah.
Aku: hah?? aku nak terkejut bile die cakap mcm tu.nak tergelak pun ader. Lukman, nape ckp mcm tu?tak baik tau.abis cikgu ni pun jahat ke?
Lukman: cikgu lain. dah la cikgu...ni hati ni..(sambil tunjuk dadanya) dah hancur dah.
Aku: hahahahah...aku terus tergelak. lukman..lukman..ok, la.dah la nangis.

Aku malas nak layan lebih2,kang tak ngaja pla aku..aku terus suruh syamil minta maaf. Syamil pun minta maaf walaupun tak dilayan oleh Lukman. sebenarnya citer ni br bermule.panjang lg kisah budak ni. yg sgt kelakar.tp aku dah letih nak taip.kang aku sambung lagi..wasalam.

Friday, 25 March 2011

Assalamualaikum wbt..

Ini merupakan penulisan pertama aku sebgai blogger yg tak berapa nak pandai..(hehe tiru ayat org tu)..aku sebenarnyer ada banyak sgt mende nak share kat sesape kat luar sane..terutama kisah2 idop aku selama 30 tahun  kat dunia ni..tp buat permulaan ni, aku kene susun ayat dulu.aku ni seorg cikgu, tp byk mende yg aku minat.as muslim, aku jg sgt meminati penulisan mengenai agama, penulisan mengenai masak memasak dan isu2 semasa yg dah nak akhir zaman ni. ok laa..nnt aku akan update blog aku ni asap.hehe.sekian dr aku.