Hari ni, bersamaan 13 Ramadhan, walaupun terasa sangat-sangat mengantuk tetapi aku gagahkan juga diri untuk pergi ke surau menghadiri solat subuh dan kuliah. Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kerana hampir-hampir aku tergoda dengan tilam dan bantal yg empuk di rumah. Niatku untuk solat subuh di rumah terbantut apabila aku terdengar lolongan anjing seiring dengan azan subuh mendayu.-dayu Terdetik di hati, dalam bulan puasa ni, mana ada syaitan yang mengganggu manusia..terus terlintas dihati bahawa apa yg dilihat anjing mungkin malaikat yg sedang menjalankn tugas Allah agar memberi rahmat pada manusia2 yg ingin menyahut seruan azan. Alangkah ruginya kalau terlepas. Tanpa berlengah2 lag,i aku terus mencapai telekung dan menuju ke surau. Kene jalan kaki sbb suami dah pergi dengan skuter. takpelah. Allahkan ada. Jadi hasil kuliah subuh inilah yang aku dapati. 7 Golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah sewaktu kita berada padang masyhar kelak.
1. Pemimpin atau pemerintah yang adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu ditempatnya yg betul.
2. Pemuda yang dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa beribadah kepada Allah.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid atau surau.
4. Dua orang sahabat yang bertemu, berkawan dan berpisah kerana Allah. Indahnya. Maksudnya, sahabat yang sering menegur dan memberitahu kesalahan kita, mengambil berat dengan kita dan apabila berpisah, berpesan ke arah kebaikan. Ada tak sahabat macam tu? InshaAllah ade.
5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang sangat cantik dan berkedudukan tetapi menolak kerana takutkan Allah. MasyaAllah.
6. Seseorang yang bersedekah tetapi menyembunyikan. Orang kata, bila bersedekah tu, kalau boleh tangan kiri pun tak tahu. niat kita bersedekah bukan sebab mengharapkan pujian, tetapi semata2 kerana mencari keredhaan Allah.
7. Golongan yang terakhir ialah orang yang matanya basah dek airmatanya kerana taubat yang bersungguh-sungguh dan takut pada Allah. bercakap pasal mata, ada satu lagi yang menarik. Allah janjikan dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Pertama seperti yang diatas, yang kedua pula ialah mata yang berjaga semata-mata untuk beribadat kepada Allah yakni membaca Al-Quran di pertiga malam. subhanallah. Mudahnya Allah nak bagi pahala. Tapi kita sahaja yang menzalimi diri sendiri.
Itulah tujuh golongan yang sangat beruntung pada hari akhirat kelak. Apakah kita termasuk dalam golongan itu? Jom. Belum terlambat selagi nyawa dikandung jasad. wallauhalam.
No comments:
Post a Comment