In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

About Me

My photo
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Hamba Allah yang mengharapkan redha Allah dalam mendidik anak bangsa. InshaAllah.
Powered by Blogger.

Labels

Islamic Calendar

MY COLLECTION

Islamic Widget

Islamic Clock

Monday, 4 June 2012





Bahan-bahan DOH PIE :
150gram butter 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul) secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE:
1 biji kentang (potong dadu) (*)
3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu) ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
2 sudu teh gula (ikut citarasa)
1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
1 sudu besar sos tiram
lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

 CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
1.Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya. 2.Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
3.Masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahlaH ikut citarasa sendiri.
4. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih sampai menjadi pekat.
5. Sejukkan inti pie.

CARA-CARA MEMBUAT DOH:
 1.Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas.
2.Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung). 3.Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
4.Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
5. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
6.Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
7.Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
8.Sedia untuk dihidangkan..:) SELAMAT MENCUBA!
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)

Doa Mohon Zuriat 2

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa' 21:89)

Sunday, 3 June 2012

Doa Mohon Zuriat 4

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14:40)

Doa Mohon Zuriat 3

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriatketurunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan 3:38)

Doa Mohon Zuriat

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)