In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

About Me

My photo
Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Hamba Allah yang mengharapkan redha Allah dalam mendidik anak bangsa. InshaAllah.
Powered by Blogger.

Labels

Islamic Calendar

MY COLLECTION

Islamic Widget

Islamic Clock

Thursday, 31 March 2011

Rasulullah Terkena Sihir

Semasa saya membelek majalah comel Ana Muslim, saya telah terbaca kisah ini dan saya dapati kisah ini sangat menarik. Justeru itu, saya ingin berkongsi kisah ini dan anda patut membacanya kerana ianya adalah kisah mengenai Nabi Muhammad SAW, manusia yang sangat mulia.
Ibnu Abbas dan Aisyah RA meriwayatkan bahawa ada seorang hamba yahudi yang berkhidmat untuk Rasullulah SAW.  Satu hari orang yahudi telah mempengaruh dan menipunya. Melalui tindak tanduk yang keji itu mereka berjaya mendapatkan sehelai rambut Rasulullah SAW dan juga beberapa pecahan yang terlekat pada sikat tersebut. Rambut dan sikat tersebut disihir oleh orang yahudi atas bantuan seorang munafik bernama Labid Ibnu al-A'sam. Barang yang disihir itu diletakkan di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan milik kabilah Bani Zuraiq. 
Sejak itu, Rasulullah SAW jatuh sakit selama enam bulan. Baginda berasa seakan-akan sudah bertemu kesemua isterinya padahal baginda tidak pernah bertemu dengan mereka. Baginda juga berasa berat di kepala dan sering tidak sedar. Dalam keadaan demikian datanglah dua malaikat yang duduk di kepala dan kakinya. Maka bertanya malaikat yang duduk dekat kakinya kepada malaikat yang duduk dekat kepalanya:
"Apa yang telah menimpanya?"
"Dia telah terkena sihir".
"Siapa yang menyihirnya?"
"Labid bin Al-A'sam dan orang yahudi."
"Dengan apa dia menyihirnya?"
"Dengan menggunakan rambut pada sikatnya."
"Dimana mereka meletakkannya?"
"Di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan."
Selepas itu baginda sedar dan berkata kepada Aisyah ra: "Wahai Aisyah, Allah telah memberitahuku tentang penyakitku ini." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Ali Bin Abi Thalib, Zubair bin Awam dan Ammar bin Yasir ra untuk pergi ke perigi itu. Setelah masuk ke dalam perigi, mereka menemui rambut Rasulullah SAW, pecahan sikat rambutnya dan tali-tali yang disimpulkan kepada 12 simpul. Setiap simpulan telah ditusukkan dengan sebatang jarum.

Ekoran kejadian itu, Allah SWT telah menurunkan surah an-Nas dan al-Falaq sebagai dua ayat pelindung. Maka setiap kali Rasulullah selesai membaca satu ayat, terasa ada satu simpul yang terbuka sehingga sampai ke ayat terakhir. Selepas itu, Rasulullah SAW berasa sangat lega dan ringan seolah-olah baginda baru sahaja terlepas dari ikatan belenggu.
Ketika itu datanglah malaikat Jibrail meruqyah (menjampi dengan bertawakal kepada kekuatan Allah SWT) yang mahfhumnya:
'Aku meruqyah kamu dengan Nama Allah, dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kedengkian (manusia) dan (kejahatan) mata, semoga Allah menyembuhkanmu.'

Menarikkan??..^__^ Semoga kita semua dapat manfaat dari kisah ini. InshaAllah.

Saturday, 26 March 2011

KIsah Lukman

Assalamalaikum wbt.

Ini bukan kisah tokoh2 agama atau somebody yg ade pegaruh. ini citer mengenai sorg anak murid aku yang bernama LUKMAN HAKIM. sebenarnya aku mengajar die pd tahun lepas.dan die ni agak istimewa sket shingga hari ni (aku dah tak ngaja die dah) aku masih sering tergelak biler teringat kat die. citer ni bermule pd satu hari sedang aku syok menanda buku (syok sgt laa..hehe) tetibe dtg ketua kelas 2 eagle.aku ni guru kelas. die dgn kalut bgtau aku,cikgu, lukman mengamuk! hah?? asal lak? dialog aku ler.tak tau la cikgu.die bergadoh ngan syamil td.oleh kerana jap lg aku pon nak masuk kelas,aku pon suh la c aiman ni balik kelas.bg aku,budak gaduh,ngamuk tu biase.as a teacher, aku dah lali da.so as usual,aku buat dekkkk je smbil menyambung kije2 aku.

loceng bunyi.aku pon masuk klas mcm biase.aku masuk jee..aku tus tgk kat lukman yg sedang berjurai2 airmatanya..masi menangis budak ni rupenyer.aku pun pujuk die.aku kasi dialog spaya best sket nak baca.
Aku: dah la Lukman. tak moh nangis dah. sambil aku menjeling tajam kat syamil.Syamil minta maaf kat   Lukman sekrg, arah aku smbil mengenyit mata kat syamil. bukan ape, kang aku marah kat syamil, die pla melalak, letih aku melayan bebudak ni menangis. kang tak ngaja pla aku. konon2 diplomasi la.
Lukman: cikgu..tak payah nak suh die minta maaf. orang malaysia memang jahat. orang jepun pun jahat. syamil tu, (smbil tunjuk jarinya kat syamil) sejak bayi lagi memang jahat.sy dah tau dah.
Aku: hah?? aku nak terkejut bile die cakap mcm tu.nak tergelak pun ader. Lukman, nape ckp mcm tu?tak baik tau.abis cikgu ni pun jahat ke?
Lukman: cikgu lain. dah la cikgu...ni hati ni..(sambil tunjuk dadanya) dah hancur dah.
Aku: hahahahah...aku terus tergelak. lukman..lukman..ok, la.dah la nangis.

Aku malas nak layan lebih2,kang tak ngaja pla aku..aku terus suruh syamil minta maaf. Syamil pun minta maaf walaupun tak dilayan oleh Lukman. sebenarnya citer ni br bermule.panjang lg kisah budak ni. yg sgt kelakar.tp aku dah letih nak taip.kang aku sambung lagi..wasalam.

Friday, 25 March 2011

Assalamualaikum wbt..

Ini merupakan penulisan pertama aku sebgai blogger yg tak berapa nak pandai..(hehe tiru ayat org tu)..aku sebenarnyer ada banyak sgt mende nak share kat sesape kat luar sane..terutama kisah2 idop aku selama 30 tahun  kat dunia ni..tp buat permulaan ni, aku kene susun ayat dulu.aku ni seorg cikgu, tp byk mende yg aku minat.as muslim, aku jg sgt meminati penulisan mengenai agama, penulisan mengenai masak memasak dan isu2 semasa yg dah nak akhir zaman ni. ok laa..nnt aku akan update blog aku ni asap.hehe.sekian dr aku.