Semasa saya membelek majalah comel Ana Muslim, saya telah terbaca kisah ini dan saya dapati kisah ini sangat menarik. Justeru itu, saya ingin berkongsi kisah ini dan anda patut membacanya kerana ianya adalah kisah mengenai Nabi Muhammad SAW, manusia yang sangat mulia.
"Apa yang telah menimpanya?"
"Dia telah terkena sihir".
"Siapa yang menyihirnya?"
"Labid bin Al-A'sam dan orang yahudi."
"Dengan apa dia menyihirnya?"
"Dengan menggunakan rambut pada sikatnya."
"Dimana mereka meletakkannya?"
"Di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan."
Selepas itu baginda sedar dan berkata kepada Aisyah ra: "Wahai Aisyah, Allah telah memberitahuku tentang penyakitku ini." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Ali Bin Abi Thalib, Zubair bin Awam dan Ammar bin Yasir ra untuk pergi ke perigi itu. Setelah masuk ke dalam perigi, mereka menemui rambut Rasulullah SAW, pecahan sikat rambutnya dan tali-tali yang disimpulkan kepada 12 simpul. Setiap simpulan telah ditusukkan dengan sebatang jarum.
Ekoran kejadian itu, Allah SWT telah menurunkan surah an-Nas dan al-Falaq sebagai dua ayat pelindung. Maka setiap kali Rasulullah selesai membaca satu ayat, terasa ada satu simpul yang terbuka sehingga sampai ke ayat terakhir. Selepas itu, Rasulullah SAW berasa sangat lega dan ringan seolah-olah baginda baru sahaja terlepas dari ikatan belenggu.
Ketika itu datanglah malaikat Jibrail meruqyah (menjampi dengan bertawakal kepada kekuatan Allah SWT) yang mahfhumnya:
'Aku meruqyah kamu dengan Nama Allah, dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kedengkian (manusia) dan (kejahatan) mata, semoga Allah menyembuhkanmu.'
Menarikkan??..^__^ Semoga kita semua dapat manfaat dari kisah ini. InshaAllah.
Ibnu Abbas dan Aisyah RA meriwayatkan bahawa ada seorang hamba yahudi yang berkhidmat untuk Rasullulah SAW. Satu hari orang yahudi telah mempengaruh dan menipunya. Melalui tindak tanduk yang keji itu mereka berjaya mendapatkan sehelai rambut Rasulullah SAW dan juga beberapa pecahan yang terlekat pada sikat tersebut. Rambut dan sikat tersebut disihir oleh orang yahudi atas bantuan seorang munafik bernama Labid Ibnu al-A'sam. Barang yang disihir itu diletakkan di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan milik kabilah Bani Zuraiq.
Sejak itu, Rasulullah SAW jatuh sakit selama enam bulan. Baginda berasa seakan-akan sudah bertemu kesemua isterinya padahal baginda tidak pernah bertemu dengan mereka. Baginda juga berasa berat di kepala dan sering tidak sedar. Dalam keadaan demikian datanglah dua malaikat yang duduk di kepala dan kakinya. Maka bertanya malaikat yang duduk dekat kakinya kepada malaikat yang duduk dekat kepalanya:"Apa yang telah menimpanya?"
"Dia telah terkena sihir".
"Siapa yang menyihirnya?"
"Labid bin Al-A'sam dan orang yahudi."
"Dengan apa dia menyihirnya?"
"Dengan menggunakan rambut pada sikatnya."
"Dimana mereka meletakkannya?"
"Di bawah seketul batu di dasar perigi Zarwan."
Selepas itu baginda sedar dan berkata kepada Aisyah ra: "Wahai Aisyah, Allah telah memberitahuku tentang penyakitku ini." Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan Ali Bin Abi Thalib, Zubair bin Awam dan Ammar bin Yasir ra untuk pergi ke perigi itu. Setelah masuk ke dalam perigi, mereka menemui rambut Rasulullah SAW, pecahan sikat rambutnya dan tali-tali yang disimpulkan kepada 12 simpul. Setiap simpulan telah ditusukkan dengan sebatang jarum.
Ekoran kejadian itu, Allah SWT telah menurunkan surah an-Nas dan al-Falaq sebagai dua ayat pelindung. Maka setiap kali Rasulullah selesai membaca satu ayat, terasa ada satu simpul yang terbuka sehingga sampai ke ayat terakhir. Selepas itu, Rasulullah SAW berasa sangat lega dan ringan seolah-olah baginda baru sahaja terlepas dari ikatan belenggu.
Ketika itu datanglah malaikat Jibrail meruqyah (menjampi dengan bertawakal kepada kekuatan Allah SWT) yang mahfhumnya:
'Aku meruqyah kamu dengan Nama Allah, dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kedengkian (manusia) dan (kejahatan) mata, semoga Allah menyembuhkanmu.'
Menarikkan??..^__^ Semoga kita semua dapat manfaat dari kisah ini. InshaAllah.

No comments:
Post a Comment