Sunday, 3 June 2012
Doa Mohon Zuriat
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)Friday, 12 August 2011
7 Golongan Yang akan Dilindungi Allah Pada Hari Pembalasan
Hari ni, bersamaan 13 Ramadhan, walaupun terasa sangat-sangat mengantuk tetapi aku gagahkan juga diri untuk pergi ke surau menghadiri solat subuh dan kuliah. Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kerana hampir-hampir aku tergoda dengan tilam dan bantal yg empuk di rumah. Niatku untuk solat subuh di rumah terbantut apabila aku terdengar lolongan anjing seiring dengan azan subuh mendayu.-dayu Terdetik di hati, dalam bulan puasa ni, mana ada syaitan yang mengganggu manusia..terus terlintas dihati bahawa apa yg dilihat anjing mungkin malaikat yg sedang menjalankn tugas Allah agar memberi rahmat pada manusia2 yg ingin menyahut seruan azan. Alangkah ruginya kalau terlepas. Tanpa berlengah2 lag,i aku terus mencapai telekung dan menuju ke surau. Kene jalan kaki sbb suami dah pergi dengan skuter. takpelah. Allahkan ada. Jadi hasil kuliah subuh inilah yang aku dapati. 7 Golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah sewaktu kita berada padang masyhar kelak.
1. Pemimpin atau pemerintah yang adil. Adil bermaksud meletakkan sesuatu ditempatnya yg betul.
2. Pemuda yang dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa beribadah kepada Allah.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid atau surau.
4. Dua orang sahabat yang bertemu, berkawan dan berpisah kerana Allah. Indahnya. Maksudnya, sahabat yang sering menegur dan memberitahu kesalahan kita, mengambil berat dengan kita dan apabila berpisah, berpesan ke arah kebaikan. Ada tak sahabat macam tu? InshaAllah ade.
5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang sangat cantik dan berkedudukan tetapi menolak kerana takutkan Allah. MasyaAllah.
6. Seseorang yang bersedekah tetapi menyembunyikan. Orang kata, bila bersedekah tu, kalau boleh tangan kiri pun tak tahu. niat kita bersedekah bukan sebab mengharapkan pujian, tetapi semata2 kerana mencari keredhaan Allah.
7. Golongan yang terakhir ialah orang yang matanya basah dek airmatanya kerana taubat yang bersungguh-sungguh dan takut pada Allah. bercakap pasal mata, ada satu lagi yang menarik. Allah janjikan dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Pertama seperti yang diatas, yang kedua pula ialah mata yang berjaga semata-mata untuk beribadat kepada Allah yakni membaca Al-Quran di pertiga malam. subhanallah. Mudahnya Allah nak bagi pahala. Tapi kita sahaja yang menzalimi diri sendiri.
Itulah tujuh golongan yang sangat beruntung pada hari akhirat kelak. Apakah kita termasuk dalam golongan itu? Jom. Belum terlambat selagi nyawa dikandung jasad. wallauhalam.
Monday, 6 June 2011
~PadaMu ku Bersujud~
This song is so touching my heart. It remembered me that we doesn't need anyone else in our life to entertain or ask help for but ALLAH. Allah is enough for us. He always be with us. No matter what. No matter when. Credit to writer song. and of course, praise to Allah, Who give him inspiration..Alhamdulilah..
Saturday, 4 June 2011
Cuaca Yang Panas Membahang
Sejak akhir2 ini,cuaca sangatlah panas.duduk dlm rumah terasa sangat bahangnya.tp nak buat mcm mana, takan nak duduk luar sepanjang masa.luar pun panas gak sebenarnya..adohai..apa la sebabnya cuaca terlalu panas.mungkin pembangunan?atau whatever la yang mungkin kite pon tak sangka. semenjak2 panas ni, aku selalu membayangkan aku duduk dinegara yang sejuk, australia ke, china ke, korea ke, london ke..eh london tu bukan negara ek..hehhe..takpon membayangkan diri aku berendam disungai yang sejuk atau air terjun...emmmm nyamannyaaa..paling koman pon swimming pool laa..ingat nak pegi kat rumah akak aku ade swimming pool,i mean bukan die punya la..dekat ngan umah die.tp kene pakai swimming suit plaa..leceh aa..swimming suit aku sejak zaman U lg ade kat umah kampung.tp for sure la tak muat lagik..keke..lgpon laki aku tak kasi punyer nak pakai swimming suit..menyogankan ajer..kekeke..kat mane lg nak pegi??..sepanjang hari aku mengogling dlm internet carik tempat mandi yg best2 kat sekitar sepang or nilai, tp takde..buring laaa..ingat nak ajak member lama aku pegi UiTM mandi kat kolam renang die.tp sian kat laki aku dok sorang2 kat umah nnt..takblee..takblee..panasnyerrr...
nak pasang aircon 24jam kat umah pon, kang aku kene membayar ratus2 duit letrik..emmm membazir..pasang mlm jek..jimat! hehehe..mcm mana ek nak sejuk2 je tp jimat??heheh...:)
nak pasang aircon 24jam kat umah pon, kang aku kene membayar ratus2 duit letrik..emmm membazir..pasang mlm jek..jimat! hehehe..mcm mana ek nak sejuk2 je tp jimat??heheh...:)
Friday, 6 May 2011
Iklan Temuduga
Jawatan Kosong
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah,silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat:dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya:Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala,kanan,kiri dan hujung kaki).!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Subscribe to:
Posts (Atom)